fbpx
KELIBAT entiti berwarna putih didakwa pontianak yang dirakam penduduk di Kampung Baharu, Sabak Bernam pada Ahad lalu. – FB Paranormal Sungai Besar

[VIDEO] Penduduk dakwa nampak pontianak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Gangguan ketukan pintu rumah yang menghantui empat buah kampung di sini sejak seminggu lalu kini semakin menakutkan apabila ada penduduk mendakwa melihat jelmaan pontianak bersebelahan sebatang pokok kelapa di Kampung Baharu, pada Ahad lalu.

Penampakan entiti tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam ketika sekumpulan penduduk bersama seorang ahli paranomal dikenali Mie sedang membuat rondaan di kampung berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kejadian pelik turut dialami penduduk termasuk terhidu bau busuk, bau kemenyan dan bedak selain terdengar bunyi salakan anjing dan suara perempuan menangis.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu, Mohd. Suhairi Machri, 42, berkata, dalam kejadian Ahad lalu, pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang penduduk lelaki yang mengadu telah diganggu ‘sesuatu’ ketika tinggal bersendirian di rumah.

Katanya, tidak tahan dengan gangguan tersebut, lelaki berusia 30-an itu terus keluar meninggalkan rumah dan menunggang motosikal bersendirian sejauh hampir 7.5 kilometer ke rumah seorang rakannya.

“Sebaik menerima maklumat itu, saya dan seorang ahli paranormal telah melakukan rondaan menggunakan kereta dan mela­kukan siaran langsung melalui laman sosial Facebook (FB Live) sebelum berhenti di satu kawasan berdekatan pokok kelapa.

“Suasana ketika itu sangat sunyi dan saya terdengar bunyi salakan anjing yang sangat kuat di kawasan itu selain terhidu bau busuk seakan-akan bangkai.

“Selepas itu barulah kami melihat kelibat pontianak dalam keadaan berdiri bersebelahan sebatang pokok kelapa,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Batu 37 Darat yang turut membuat rondaan bagi merungkai misteri ketukan pintu.

Menurut Mohd. Suhairi, tidak lama selepas itu, dia telah me­nerima sebuah tangkap layar FB LIVE daripada rakannya yang me­nunjukkan penampakan enti­ti berwarna putih.

“Berdasarkan tangkap layar itu jelas kelihatan susuk tubuh pontianak. Penampakan ini ha­nya berlaku selepas gangguan ketukan dan saya tidak tahu sama ada entiti itu yang menjadi punca berlakunya ketukan pintu di kampung ini,” katanya.

Jelas Mohd. Suhairi, tujuannya mereka membuat rakaman dan rondaan adalah untuk melihat sendiri punca gangguan selain mengelakkan sebarang fitnah daripada pihak luar.

“Entiti sebegini tidak boleh ‘dilawan’ menggunakan senja­ta sebaliknya ayat-ayat suci al-Quran. Saya pun ada berbincang dengan nazir dan pakar agama dan mereka menganjurkan bacaan Yasin bagi memohon perlindungan daripada Allah,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa MPKK kampung itu, Mohd. Zakiyuddin Ajmain, 53, dalam FB LIVE Kosmo! kelmarin mendakwa ada terdengar suara perempuan menangis selain bunyi salakan anjing kira-kira pukul 2.30 pagi ketika dia berada di bahagian dapur rumahnya.

“Sebelum ketukan rumah berlaku, ada dua petanda yang mungkin dirasai iaitu bau keme­nyan dan bedak,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi MPKK Kampung 37 Darat, Muhamad Nazri Saiman berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kejadian ketukan pintu pernah berlaku di Kampung Gajah, Perak pada penghujung 2018.

“Hasil siasatan penduduk mendapati kejadian berlaku akibat pengujian ilmu dan apabila penghuni tidak nampak, ia dianggap berjaya. Mereka juga mempunyai sasaran iaitu 500 ketukan dalam tempoh 40 hari,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN