fbpx
BEGINILAH keadaan bahu jalan selepas diturap dengan tanah dan pasir ketika tinjauan di lokasi kemalangan di Klang semalam. (Gambar kiri) Keadaan sebelum diturap.

Turap pakai tar, bukan guna batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Pengguna jalan raya menggesa pihak berwajib untuk membaik pulih laluan di persimpangan lampu isyarat Batu 5, Jalan Meru di sini, yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal kelmarin.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kemalangan itu semalam mendapati sebahagian bahu jalan sudah diturap dengan tanah dan batu.

Walau bagaimanapun, pengguna terutama penunggang motosikal masih ragu-ragu akan ketahanan turapan tersebut.

Ibrahim Abd. Rahman, 25, berkata, sebelum ini bahu jalan di kawasan tersebut sememang­nya mempunyai banyak lubang dan berlopak.

“Saya kerap menggunakan laluan ini setiap hari. Banyak ken­deraan berat melalui jalan ini terutama pada waktu puncak.

“Keadaan itu jelas membaha­yakan nyawa penunggang motosikal sekiranya mereka tidak sedar ada lubang di situ seterusnya terjatuh,” katanya.

Bagi Aziz Abdullah, 27, pula, jalan berlubang di lokasi itu berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun tiada tindakan untuk menurap diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Saya sarankan pihak berwajib buat turapan secara menyeluruh dan sempurna.

“Kami sebagai pengguna sudah tentu bimbang kejadian sama berulang lagi terutama waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia, Azlan Sani Zawawi berkata, kerja turapan yang dilakukan di lokasi kemalangan kelmarin tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bahu jalan sepatutnya diturap dengan lebih baik bagi memastikan ia tahan lama. Jadi saya cadangkan pihak berwajib supaya cari jalan penyelesaian yang tuntas untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang, Norfiza Mahfiz menegaskan, jalan di lokasi kejadian bukan di bawah seliaan pihaknya dan sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Kerja Raya untuk tindakan selanjutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN