fbpx

Boustead Plantations catat untung RM16 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Boustead Plantations Bhd. (Bousted Plantations) mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM16 juta bagi suku ketiga tempoh kewangan berakhir  30 September 2020 berbanding kerugian sebanyak RM37 juta suku yang sama sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai meningkat kepada RM28 juta dengan penambahan dalam perolehan sebanyak RM206 juta.

Menurut Boustead Plantations, prestasi memberangsangkan ini disumbangkan daripada harga jualan kelapa sawit yang meningkat dan sekali gus ia memberi nilai positif kepada keuntungan operasi sebanyak RM40 juta.

“Berdasarkan komitmen Kumpulan untuk menghargai pelabur, Lembaga Pengarah mengumumkan dividen sebanyak 0.5 sen sesaham dan dividen tersebut akan dibayar pada 30 Disember ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Boustead Plantation menjelaskan, program transformasi akan menjadi pemacu utama bagi Kumpulan.

Faktor sokongan daripada  harga minyak sawit mentah (MSM) yang stabil pula dijangka tetap menyokong permintaan minyak kelapa sawit  yang kukuh dari China, India, Eropah dan Pakistan.

Selain itu, faktor cuaca pula memainkan peranan penting bagi MSM khususnya bagi corak cuaca semasa yang berkaitan dengan La Nina.

Terdapat aliran penurunan minyak kacang soya, biji bunga matahari dan tanaman pengeluar minyak lain sehingga mencetuskan pembelian yang tinggi serta meningkatkan harga MSM kepada paras RM3,000.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI