fbpx
Gambar hiasan.

Skandal sebalik hos pilihan Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS gemilangnya Qatar 2022, satu lagi negara padang pasir bakal menganjurkan Piala Dunia pada 2034, lebih kurang 10 tahun daripada sekarang.

Selasa lepas, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengumumkan Arab Saudi menjadi negara tunggal membuat tawaran menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak terbesar di planet ini.

Bagaimanapun, ia menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya bagaimana proses FIFA selaku badan induk dalam menetapkan negara tuan rumah untuk salah satu acara sukan berprestij dan paling banyak ditonton di muka bumi ini.

Keputusan rasmi mengenai tuan rumah Piala Dunia 2034 dijangka diumumkan pada suku keempat 2024, namun sudah terang lagi bersuluh kerana hasilnya bukan lagi rahsia.

Arab Saudi menjadi satu-satunya calon tunggal selepas Australia mengundur diri. Indonesia yang awalnya mahu bersama negara Kanggaru membuat tawaran bersama, mengambil pendirian menyokong bidaan Arab Saudi.

Jelas sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini, FIFA telah membuat beberapa siri keputusan sehingga menyebabkan proses penganugerahan tuan rumah Piala Dunia semakin tidak jelas, sebaliknya seolah-olah sudah ditetapkan.

Tidak menghairankan jika Arab Saudi dan Australia hampir menjadi calon bersaing bagi edisi 2034 kerana FIFA pada 4 Oktober lalu memaklumkan hanya Asia-Oceania (termasuk Timur Tengah) sahaja boleh membuat tawaran sebagai hos Piala Dunia.

Ini kerana, FIFA telah menganugerahkan Piala Dunia 2030 kepada sekumpulan negara merentasi tiga benua, sekali gus memecahkan tradisi putaran geografi.

Sepanyol, Portugal dan Maghribi akan menjadi tuan rumah edisi 2030, namun tiga perlawananan akan diadakan di Argentina, Paraguay dan Uruguay, dengan alasan memberi penghormatan kepada Uruguay meraikan ulang tahun ke-100 Piala Dunia yang pertama dianjurkan di negara itu pada 1930.

Kini, Arab Saudi hanya menunggu pengumuman rasmi. Tidak dinafikan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman mahu menjadikan Arab Saudi sebagai salah satu pusat pertandingan sukan antarabangsa yang hebat.

Maka, tidak pelik sukan-sukan seperti golf, tinju, Formula Satu (F1) dan sudah tentu bola sepak, sukan yang paling popular di muka bumi dan dunia Arab mula bertapak secara besar-besaran di Arab Saudi ketika ini.

Mungkin bukan hari ini, namun sepanjang tempoh 10 tahun akan datang dijangka berlaku skandal atau kontroversi yang memerlukan FIFA dan Presidennya, Gianni Infantino memberi penjelasan tentang proses di sebalik keputusan pemilihan venue di padang pasir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN