Gambar hiasan

Elak guna idea lucah bila promosi produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Hidup dalam dunia berteknologi menjadi bonus buat selebriti, pempengaruh mahupun sesiapa sahaja untuk mencari ruang bergelar usahawan, sama ada menjual produk atau membuat promosi dalam platform media sosial masing-masing.

Syabas buat mereka yang memanfaatkan kemudahan tersebut, namun masih ada segelintir selebriti dan pempengaruh memilih mempromosikan produk mereka secara ‘soft porn’ atau berbaur lucah.

Barangkali, mereka terlampau ter­desak untuk meraih perhatian pembeli sehingga tergamak menggunakan taktik pemasaran picisan.

Mungkin dengan cara sebegini, produk yang dijual lebih ke hadapan selain dikenali lebih cepat.

Bagi sesetengah selebriti dan pempengaruh yang bergelar usa­hawan, bad marketing is still marketing, asalkan produk dijual habis dibeli, barangkali bagi mereka, itu sudah memadai.

Bagi Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, tiada masalah bagi artis atau sesiapa pun untuk mempromosikan atau membantu mela­riskan produk tertentu.

Bagaimanapun, jelas Wan Salim, hendaklah berpada dengan keadaan sebenar produk berkenaan kerana berlebih-le­bihan dalam mempromosi sesuatu produk dikhuatiri termasuk dalam penipuan yang dilarang dalam Islam.

“Pada asalnya hukum mempromosi barang atau produk adalah harus, malah boleh jadi sunat jika disertai niat membantu pembeli dengan maklumat jelas tentang barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.

“Tetapi perkara baik tidak wajar dicampur-aduk dengan haram dan berdosa, jika cara mempromosikan sesuatu produk melampau dan melebihi batas seperti soft-porn, tentu sahaja berdosa.

“Begitu juga penampilan duta promosi terutama wanita yang tidak sopan dan tanpa segan silu mendedahkan aurat, perbuatan tersebut jelas berdosa,” ujarnya kepada Kosmo!.

Paling penting kata Wan Salim, perkara itu perlu disertakan oleh keberkatan.

Justeru nasihatnya, berhati-hatilah dalam mempromosikan sesuatu produk, tersilap cara bimbang bakal mengundang murka Sang Pencipta.

“Berhati-hatilah dalam mempromosikan sesuatu produk supaya terhindar daripada murka Allah SWT dan menghilangkan barakah.

“Bila tiada barakah maka pendapatan yang dihasilkan tidak memberi manfaat dan tidak memberi ketenangan ke atas kehidupannya,” katanya.

Dari segi psikologi pula, impak promosi yang pada asalnya dianggap tiada apa-apa dan sekadar ingin meraih perhatian pembeli itu sebenarnya lebih teruk daripada yang disangkakan.

Menurut Pegawai Psikologi merangkap Kaunselor Berdaftar, Raja Kamariah Raja Mohd Khalid, promosi secara berlebihan ataupun ‘soft porn’ ini akan mencetuskan keresahan dan ketidakselesaan kepada audiens.

Jelasnya, iklan bernaratifkan ‘soft porn’ meskipun hanya dise­litkan sedikit mampu membangunkan rasa ingin tahu dalam diri penonton terutamanya remaja.

“Promosi secara soft porn mampu menggerakkan hormon dalam badan, contohnya bila penonton rasa seronok menonton iklan sebegitu, dopamin dalam badan meningkat serta menaikkan tingkat testosteron dan mencetuskan rangsangan.

“Apabila berlakunya rembesan hormon dalam otak dan badan manusia dek menonton iklan tidak senonoh itu, rasa ingin mencuba akan membuak-buak dan akhirnya menjerumuskan remaja terutamanya ke kancah maksiat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN