fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: MAFS mahu kawasan penanaman padi di Sabah, Sarawak diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bercadang untuk memperluaskan kawasan penanaman padi di Sabah dan Sarawak demi menjamin sekuriti makanan negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohammad Sabu berkata, langkah tersebut perlu bagi membantu meningkatkan bekalan beras tempatan yang kini dilihat berkurangan.

Jelasnya, ketika ini bekalan beras dalam negara banyak bergantung daripada Kedah, serta beberapa negeri lain termasuk Perak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan sebahagian di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Selalunya bila banjir berlaku, ia boleh merosakkan ataupun mengurangkan hasil padi. Lazimnya banjir ini berlaku di utara dan Pantai Timur antara Disember dan Januari.

“Oleh itu dalam jangka panjang kita mesti membina sekuriti makanan terutamanya beras di Sabah dan Sarawak. Jadi kita mesti bincang secara serius supaya Sabah dan Sarawak akan dipertingkat keluasan penanaman padi ” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Henry Sum Agong (GPS-Lawas) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menggalakkan perluasan tanaman padi di kawasan pedalaman, memandangkan negara menghadapi masalah bekalan beras ketika ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan bahawa kementerian itu akan mohon peruntukan untuk memastikan usaha memperluas penanaman padi di Sabah dan Sarawak dapat direalisasikan.

“Kita juga memohon sama ada bajet ini (Belanjawan 2024) kalau tidak sempat, apa-apapun peruntukan pada masa hadapan untuk membuat sistem pengairan lebih baik di Sabah dan Sarawak supaya dapat meningkat pengeluaran padi pada masa akan datang,

“Harapan kita juga supaya wakil rakyat di sana (Sabah dan Sarawak) akan bersama-sama dengan kementerian dalam isu ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN