fbpx
Peningkatan kos sara hidup akan memberi bebanan kepada pasangan terutama golongan B40 yang memiliki ramai anak. - GAMBAR HIASAN

‘Jenguk’ dompet sebelum tambah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) disarankan supaya mempergiatkan kempen kesedaran pentingnya merancang kehamilan berdasarkan tahap ekonomi keluarga atau kemampuan kewangan pasangan itu sendiri.

Pakar kewangan dan harta­nah, Dr. Azizul Azli Ahmad berkata, kempen itu perlu lebih agresif berikutan pola hidup masyarakat kini jauh berubah ekoran pembangunan pesat di samping kos sara hidup yang tinggi.

“Memang ada saranan jarakkan kelahiran sebelum ini, namun ia hanya disampaikan petugas kesihatan daripada mulut ke mulut di klinik kesihatan dan impaknya kurang berkesan.

“Kempen ini perlu melibatkan pakar-pakar agama selain pakar perubatan, ekonomi dan psikologi. Kerjasama semua pihak ini penting sebagai ‘persediaan’ supaya tidak berlaku pertikaian terutama melibatkan hukum agama dalam kalangan masyarakat di kemudian hari.

“Justeru, kempen ini diharap dapat membantu kerajaan membangunkan ekonomi dan kesihatan mental rakyat, sekali gus melahirkan generasi sihat serta berkualiti,” ujarnya.,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, kelahiran tidak terkawal boleh menyebabkan risiko yang lain seperti tekanan emosi dan mental.

Disebabkan itu katanya, ramai ibu bapa kini terpaksa melakukan kerja sam­pingan untuk menampung per­belanjaan keluarga sehingga waktu rehat serta masa berkualiti bersama turut terabai.

Bagi mengatasi masalah itu, ibu bapa juga perlu melihat ‘dompet’ terlebih dahulu sebelum menambah bilangan anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN