fbpx

Warga Miri rela berpanas, meriah sambut Agong, Permaisuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai warga Miri hadir ke Miri Handicraft Centre, Sarawak bagi menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

PETALING JAYA – Selepas menerima sambutan yang cukup luar biasa di Sabah, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi dirai dengan suasana cukup meriah oleh rakyat di Miri, Sarawak.

Walaupun cuaca agak terik, warga Miri dilihat tidak melepaskan peluang untuk menanti Seri Paduka Baginda berdua beserta paluan kompang di Pos Kawalan Imigresen ICQS Sungai Tujuh, Miri, pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

Dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ bergema sepanjang jalan dari Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh, warga Miri teruja dapat bersalaman, mengambil gambar dan meminta tanda tangan Seri Paduka Baginda berdua.

Yang di-Pertuan Agong juga dilihat cukup bermurah hati apabila memberikan wang saku kepada kanak-kanak dan warga emas sambil menyapa ‘nama berita’ yang bermaksud ‘apa khabar’ dalam bahasa Iban.

Setakat pukul 2.20 petang tadi, keberangkatan tiba Seri Paduka
Baginda berdua disambut cukup meriah dengan kehadiran orang yang begitu ramai di Miri Handicraft Centre, Sarawak.

Memasuki hari ketujuh Kembara Kenali Borneo, Seri Paduka Baginda berdua meneruskan meneruskan pengembaraan ke Bandar Raya Miri setelah lima hari di Sabah dan sehari di Brunei.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI