fbpx
Gambar hiasan

Ketum, punca pelajar sekolah menagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan air ketum mempunyai bahan aktif mitragynine dan pengambilan secara kerap akan menyebabkan seseorang itu mula ‘berjinak-jinak’ dengan dadah lain.

Mitragynine dikawal dibawah Akta Racun 1952 di bawah peraturan kawalan psikotropik dan pengambilannya boleh membuatkan seseorang itu khayal, mengantuk selain ketagihan dan insomnia.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pengambilan air ketum menjadi ‘bibit’ awal ke arah penagihan dadah secara serius melibatkan pelajar sekolah terutamanya di sekitar negeri yang mempunyai banyak pokok ketum.

“Meskipun kandungan dadah dalam air ketum ini sedikit, namun jika diambil secara kerap dan berterusan ia boleh membawa kepada masalah ketagihan dadah yang lebih bahaya seperti syabu dan methapetamine.

“Apa yang membimbangkan, mereka ini (pelajar) bukan sahaja minum air rebusan dari daun ketum tetapi ada anataranya menambah bahan lain di dalamnya seperti ubat batuk dan ubat nya­muk. Bahan-bahan seperti ini sangat bahaya,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, bagi membendung masalah itu berlanjutan, pihak­nya menggesa kerajaan supaya mewujudkan satu akta khas berkaitan ketum bagi memudahkan tugas agensi penguat kuasa seperti AADK dan polis.

“Apa yang menjadi masalah ketika ini adalah penanaman ketum tidak salah di sisi undang-undang.

Katanya, sekiranya tanaman itu untuk tujuan perubatan atau kajian saintifik, kerajaan perlu menyediakan satu garis panduan khusus supaya tidak disalah gunakan pihak tertentu.

“Kita mahu kawalan dibuat seperti penanaman pokok popi yang menghasilkan morfin di beberapa buah negara untuk tujuan perubatan, ada satu kawasan khusus untuk penanamannya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN