fbpx
Anwar (tengah) mengadakan sesi pertemuan bersama wakil P-Hailing di Putrajaya hari ini. 

Kerajaan tambah peruntukan tingkat latihan ‘upskilling’ kepada P-Hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan hari ini bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) kepada pengendali perkhidmatan parcel hailing (P-Hailing) yang akan diterajui Kementerian Sumber Manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas pihaknya mendengar keluhan pengendali perkhidmatan itu dalam satu pertemuan di Bangunan Perdana Putra hari ini.

“Saya telah mengadakan perjumpaan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan P-Hailing
susulan komitmen yang diberikan semasa perjumpaan bersama rakan-rakan penghantar pada 22 Julai lalu.

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan pegawai kanan kementerian turut hadir dalam sesi itu.

“Saya telah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran .
Semasa sesi itu, lima orang wakil penghantar turut sama hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Anwar berkata, perbincangan itu antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran (upskilling).

“Saya turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar.

“Kesemua syarikat pengendali telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah serta meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah.

“Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan,” katanya.

Katanya, usaha itu membuktikan kerajaan peka dan mengambil berat kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat seterusnya memastikan kesinambungan perniagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN