fbpx
Anggota tentera beratur bagi menunggu pusat mengundi awal di SK Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani pada pagi ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Proses undi awal di SK Kem Lapangan Terbang lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan pegawai dan anggota tentera serta pasangan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Lapangan Terbang, di sini hari ini berjalan lancar.

Pusat mengundi awal itu dibuka seawal pukul 8 pagi membabitkan seramai 4,755 pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai.

Sebanyak 12 saluran pengundian dibuka bagi memastikan kelancaran proses pengundian awal itu.

Tinjauan mendapati rata-rata anggota tentera dan pasangan hadir lebih awal dan membuang undi secaa serentak. Pengundian awal di situ dijangka berakhir sebelum pukul 5 petang.

Tinjauan di luar kawasan kem turut mendapati suasana meriah dengan gelagat penyokong parti masing-masing.

Sementara itu, di pusat mengundai awal di Sekolah Latihan Asas Kepolisian (SLAK) di sini mendapati seramai 462 pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menunaikan tanggungjawab untuk memilih calon bagi kerusi DUN Bukit Selambau.

Di SLAK, sebanyak tiga saluran pengundian dibuka dan proses dijangka berakhir awal memandangkan pegawai dan anggota polis hadir secara bergilir-gilir membuang undi.

Turut membuang undi di SLAK ialah 32 anggota polis yang bertugas di Balai Polis Merbok dan Tanjung Dawai di bawah DUN Tanjung Dawai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN