fbpx
Lori dipandu lelaki yang maut dalam kejadian di Kilometer 6, Jalan Pengkalan Hulu-Gerik hari ini.

Lelaki maut lori dipandu terbabas, terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Seorang lelaki maut setelah lori yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 6, Jalan Pengkalan Hulu-Gerik di sini hari ini.

Dalam nahas pada pukul 3 petang itu, mangsa, Abdul Aziz Zahari, 54, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu bersendirian itu dalam perjalanan dari arah Gerik menghala ke Felcra Sungai Hitam, Pasir Hitam.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa melalui satu selekoh sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar tunggul kayu lalu terbalik.

“Pihak bomba dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN