ADRIANA ADNAN

Tidak jatuh saham berstatus isteri – Adriana Adnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SENTIASA membumi, memperbaiki kelemahan diri. Pendekatan sebegitulah yang perlu dipraktikkan setiap pendatang baharu dunia hiburan tanah air demi konsistensi kerjaya seni.

Ungkapan itu juga yang berulang-kali ditegaskan pelakon Adriana Adnan kepada HibGlam saat dilayangkan pertanyaan tentang strategi memahat nama sebagai anak seni.

Anak seni yang masih melabel diri sebagai masih ‘hijau’ mengakui, kelana seni sehingga detik kini bukan sesuatu mudah dan sudah melepasi banyak kegagalan.

Kurang sedekad bergelar pelakon, wanita berusia 28 tahun itu tidak terkecuali daripada melalui fasa ditolak mentah-mentah saat pemilihan membintangi drama dan filem.

“Kalau bercakap tentang penolakan atau rejection, memang sudah beberapa kali saya melaluinya.

“Pada awalnya memang saya akan mempersoalkan perkara itu malah bermonolog dengan diri untuk mencari di mana silapnya sehingga nama ditolak pihak produksi,” katanya penuh positif.

Bukan sengaja menyesakkan fikiran sendiri, dia juga pernah beranggapan namanya ditolak kerana kurang pengikut dalam media sosial.

Rejection

Namun, semua itu hanya tanggapan sementara. Pada akhirnya Adriana percaya, semua rezeki sudah ditetapkan Tuhan.

“Banyak yang bermain dalam fikiran seperti saya tidak cukup bagus atau pengikut media sosial orang lain lebih ramai.

“Namun, lama-kelamaan saya mula sedar bahawa watak yang ditawarkan mungkin bukan rezeki saya dan tidak sesekali menyimpan rasa dendam,” jelas pelakon drama Seribu Nina itu.

Di sebalik perkara tersebut, dia menjadikan penolakan sebagai semangat untuk berusaha lebih keras demi menyemarakkan langkah seninya.

SERINGKALI namanya ditolak rumah produksi, Adriana berpendapat perkara itu membuatkannya lebih bersemangat untuk memberikan kualiti terbaik dalam setiap hasil kerjanya. – FIRDAUS JOHARI.

Pada masa sama, anak personaliti televisyen Zamrina Zambri bersyukur kerana tidak pernah berhadapan diskriminasi daripada pihak produksi disebabkan statusnya yang sudah berkahwin.

Bahkan, dia juga berharap tidak akan sesekali bekerja dengan rumah produksi yang mendiskriminasi wanita sepanjang tempoh bekerja.

“Setakat ini tiada produksi tolak penglibatan saya kerana sudah berkahwin. Mungkin sebab mereka tahu cara saya bekerja iaitu tidak mencampur-adukkan hal kerja dan peribadi.

“Perkahwinan sepatutnya tidak menggugat karier kerana apabila masuk set penggambaran, bukannya kita bawa suami bersama,” jelas isteri kepada Harez Hazim Hazrin itu.

Merewang Keluarga Pak Awang

Teruja berkongsi naskhah terbaharu lakonannya iaitu Merewang Keluarga Pak Awang, Adriana berkata, telefilem tersebut memberinya peluang meneroka kemampuan diri sebagai seorang pelakon.

“Sebagai pendatang baharu, saya angat teruja apatah lagi menjadi antara pelakon utama. 

BERAWAL sebagai hos, Adriana mengakui jiwanya kini lebih ke arah lakonan selepas membintangi beberapa buah drama sebelum ini.

Banyak yang saya pelajari daripada pengarah iaitu Adlin Aman Ramlie. Dia banyak menegur kesilapan saya sepanjang di set penggambaran,” kongsinya.

Tidak berkecil hati dengan teguran daripada Adlin, Adriana malah bersyukur kerana berpeluang bekerja dengan figura terkenal itu.

“Saya memang terlalu gembira dapat bekerja dengan Adlin yang sudah dianggap seperti seorang abang.

“Dia bukan pengarah tipikal, suka mengarah orang sesuka hati, hakikatnya dia seorang pengajar yang ikhlas di set penggambaran.

“Jadi, bila dia tegur, saya memang tak ambil hati sebab tahu untuk kebaikan diri sendiri dan kesempurnaan cerita,” tuturnya.

Selain Adriana, telefilem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Films tersebut turut membariskan pelakon hebat lain seperti Zizan Razak, Sabri Yunus, Emelda Rosmila dan Fabian Loo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN