fbpx

‘Orang bola’ bergelar Datuk bakal beli saham TRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORIZAM

KUALA LUMPUR – Nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman dan pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif Ruslan tidak lagi berada dalam senarai rakan kongsi yang akan bekerjasama dengan pemilik Kelantan, Norizam Tukiman.

Sebaliknya Norizam mengesahkan ‘orang bola’ bergelar Datuk akan diumunkan secara rasmi tidak lama lagi.

Bagaimanapun Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham enggan mendedahkan identiti sebenar dan pengumuman rasmi akan dibuat pada masa yang sesuai.

“Mengenai pelabur (baharu) yang akan membeli saham Kelantan FC, orang (individu) itu orang bola sepak.

“Cuma saya tidak boleh umumkan hari ini dan biarlah (diumumkan) di venue yang lain,” katanya dalam satu sidang akhbar di ibu negara, sebentar tadi.

Untuk rekod, Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Vida dan Erfan sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) dengan Zamsaham.

Berkaitan rakan kongsi baharu itu nanti, difahamkan individu berkenaan adalah penaja utama pasukan Bawah 23 tahun (B-23) Kelantan FC, Datuk Dr. Ally Nawawi Jusoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI