fbpx
GAMBAR HIASAN

Lepas Jasmine, siapa pula PDRM akan tangkap?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA minggu lalu, terpampang di muka depan akhbar-akhbar arus perdana di negara ini berhubung penahanan seorang wanita bernama Jasmine Loo Ai Swan.

Siapakah Jasmine Loo? Beliau merupakan bekas peguam syarikat penuh kontroversi, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang dicari pihak berkuasa negara ini sejak tahun 2018.

Malah, waran tangkap juga pernah dikeluarkan oleh mahkamah ke atas wanita tersebut selepas gagal hadir atas pertuduhan berkaitan 1MDB.

Nama Jasmine Loo yang dikaitkan sebagai sekutu Jho Low atau Low Taek Jho yang merupakan ahli perniagaan berpengaruh itu kembali disebut selepas lima tahun.

Ini selepas wanita tersebut tampil menyerah diri kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.

Jasmine Loo hadir ke IPD tersebut dengan ditemani peguamnya bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Sebelum ini, wanita itu dikatakan berada di luar negara. Penahanan ke atas Jasmine Loo oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes berprofil tinggi tersebut bagai memberikan harapan baharu buat rakyat Malaysia.

Ia merupakan satu permulaan dan kejayaan buat pasukan PDRM di bawah kepimpinan baharu Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang baru dilantik sebagai

Ketua Polis Negara (KPN) dan Timbalan Ketua Polis Negara pada hujung bulan lepas.

Sudah pastinya juga penahanan ke atas Jasmine Loo juga merupakan kejayaan bersama sebagai satu pasukan PDRM.

Kini banyak mata tertumpu kepada gandingan duo hebat tersebut iaitu Razarudin dan Ayob Khan untuk mereka mengemudi pasukan PDRM ke tahap yang lebih baik dengan menyelesaikan lebih banyak kes-kes berprofil tinggi yang masih ‘pending’ (tertangguh).

Razarudin dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada minggu lalu memberi bayangan positif ketika ditanya mengenai Jho Low.

“Jika Jasmine (Jasmine) pun kita boleh bawa balik, tidak mustahil suspek lain termasuk Jho Low juga boleh dibawa pulang kerana beberapa individu itu dalam radar polis,” tegas beliau.

Selain Jho Low, individu lain dalam buruan polis berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. ialah Terence Geh Choh Heng, Casey Tang Keng Chee, Eric Tan Kim Loong dan Nik Faisal Ariff Kamil.

Apa yang pasti PDRM tidak pernah menghentikan siasatan membabitkan 1MDB. Beri ruang kepada mereka untuk melakukan dan menyelesaikan siasatan mengikut lunas undang-undang.

Benar kata pepatah, “Pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk.” -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN