fbpx
Keadaan treler membawa muatan kereta selepas kemalangan di KM309.3 antara laluan Tapah mengahala ke Gopeng sebentar tadi.

Trafik sesak hampir 3 jam di Tapah kemalangan treler bawa muatan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan mengalami kesesakan ekoran kemalangan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer (KM) 309.3, hari ini.

Kejadian yang dilaporkan berlaku antara laluan Tapah menghala ke Gopeng itu menyebabkan kesesakan berlarutan hampir tiga jam sejak pukul 8.33 malam tadi.

Bagaimanapun, menurut Plus Malaysia Berhad (Plus) di Facebook, setakat pukul 10.52 malam, lorong kanan laluan tersebut sudah dibuka manakala lorong kiri masih ditutup bagi kerja-kerja penundaan.

“Trafik masih perlahan dan sesak sepanjang 4.3 km. Pengguna lebuh raya dinasihati untuk merancang perjalanan serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN