fbpx

Lelaki bermimpi rumah dirompak tembak kaki sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyiasat tidak menemui bukti kes pecah masuk rumah di kediaman itu. - Peta Google

SPRINGFIELD, ILLINOIS – Seorang lelaki di negeri Illinois, Amerika Syarikat (AS) yang menembak diri sendiri ketika bermimpi mengenai perompak, telah didakwa berkaitan kesalahan senjata api, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Mark M. Dicara, 62, terselamat dalam kejadian tembakan yang tidak disengajakan pada April lalu, manakala tiada mangsa lain yang cedera ketika kejadian.

Menurut kenyataan Pejabat Sherif Lake County, Dicara yang memiliki senjata api dengan lesen pemilikannya dibatalkan, telah melepaskan tembakan secara melulu. 

Di Illinois, pemilik senjata api dikehendaki memiliki kad Pengenalan Pemilik Senjata Api untuk memiliki senjata api atau peluru secara sah.

Dicara ditahan menerusi satu waran tangkap pada Isnin lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.50 malam (waktu tempatan) pada 10 April lalu. Penyelamat menggunakan tornikuet (alat penghimpit saluran darah) untuk menghentikan pendarahan pada kakinya.

Dicara didakwa bermimpi mengenai seorang individu yang memecah masuk rumahnya lalu melepaskan tembakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI