fbpx

Jokowi dijadual jumpa Anwar, minum petang bersama Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Jokowi dijadual mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu kedua-dua negara menerusi lawatan selama dua hari itu.

PUTRAJAYA – Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadual bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi lawatan kerja rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kedatangan Jokowi ke negara ini diiringi oleh Ibu Negara, Iriana Joko Widodo selain barisan menteri kabinet serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Indonesia.

“Lawatan itu sangat signifikan dalam usaha kedua-dua pihak meningkatkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

“Semasa lawatan itu, Jokowi dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu-isu dua hala yang tertunggak.

“Perdana Menteri dan Presiden juga dijangka bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan isu serantau dan global termasuklah pengukuhan ASEAN pasca 2025,” katanya di sini tadi.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang akan ditandatangani wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan dari kedua-dua negara.

Wisma Putra berkata, Jokowi juga dijadual menghadiri sesi jamuan minum petang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Pada tahun 2022, Indonesia merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan kedua terbesar ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM130.14 bilion (USD 29.55 bilion).

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 36.5 peratus berbanding RM95.31 bilion (USD 22.98 bilion) pada tahun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI