fbpx

Gundogan tolak tawaran Arsenal, berminat ke Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNDOGAN akan melangkah keluar dari City secara percuma memandangkan kontraknya bakal berakhir bulan ini dan Arsenal terdesak untuk mendapatkan khidmatnya.

MANCHESTER – Kapten Manchester City, Ilkay Gundogan dilaporkan bersedia menolak tawaran daripada Arsenal selepas mengadakan pertemuan dengan ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez.

Difahamkan, bintang tengah Jerman itu mahu berkelana mencari angin baharu selepas memenangi segala-galanya dalam sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) memandangkan kontraknya bersama City juga hampir tamat.

Arsenal antara kelab menyatakan minat mereka dan merasakan Gundogan, 32, sebagai jawapan yang dapat menyelesaikan masalah di bahagian tengah dengan Granit Xhaka dan Albert Sambi Lokonga akan berhijrah selepas ini.

Selain Gundogan, The Gunners turut berusaha mendapatkan dua lagi pemain tengah berkualiti iaitu kapten West Ham United, Declan Rice dan bintang Brighton, Moises Caicedo.

Naib juara EPL tersebut merasakan Gundogan mungkin ‘tergoda’ untuk berhijrah ke Emirates disebabkan situasinya pernah bekerja bersama pengurus Mikel Arteta, Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko di Etihad sebelum ini.

Dalam masa sama, The Citizens masih tidak berputus asa dan terus memujuk Gundogan untuk melanjutkan kontraknya walaupun Barcelona dipercayai telah mengemukakan perjanjian tiga tahun kepada bekas pemenang Piala Dunia itu.

Difahamkan, Xavi menilai tinggi kemampuan bekas bintang Borrusia Dortmund itu yang akan diberikan peranan besar memastikan The Catalans kembali ‘mengganas’ di pentas Eropah musim depan.

Selain itu, Barcelona merasakan Gundogan sebagai calon paling sesuai untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Sergio Busquets yang akan bersara sepenuhnya bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI