fbpx

Cuaca buruk di Pantai Timur, Sarawak sehingga 7 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang bakal melanda negeri Kelantan, Terengganu serta Sarawak sehingga lewat petang nanti.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook sebentar tadi memaklumkan antara kawasan yang terlibat bagi negeri Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu, cuaca buruk tersebut turut diramal melanda Terengganu (Besut, Marang, Dungun dan Kemaman) sehingga pukul 7 malam hari ini.

Tambah laporan itu lagi, hujan lebat serta ribut petir turut berpotensi berlaku sekitar negeri Sarawak melibatkan Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya) sepanjang tempoh yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI