fbpx

Jenazah Awang Askandar dibedah siasat tengah hari tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azim (kanan) dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan (dua dari kanan) berada di Tribhuvan University (TU) Teaching Hospital, Kathmandu bagi menyambut ketibaan jenazah Awang Askandar.

PUTRAJAYA – Proses bedah siasat jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub bermula pukul 1 petang tadi (11 pagi waktu Nepal).

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, bedah siasat itu dilakukan di Tribhuvan University (TU) Teaching Hospital.

Beliau berkata, pihak hospital sudah menerima laporan polis dan proses bedah siasat boleh diadakan hari ini termasuk urusan dokumentasi.

“Kami berharap proses itu dapat berjalan dengan lancar dan diselesaikan segera supaya proses membawa pulang jenazah dapat disegerakan untuk pengebumian.

“Proses membawa pulang jenazah akan diuruskan pihak insuran dengan bantuan Kementerian Luar Negeri dan Malawakil di Nepal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau juga sudah berhubung dengan pihak insuran dan jika segala urusan berjalan lancar maka, jenazah boleh dibawa pulang ke tanah air esok.

Dalam perkembangan lain, Azim memaklumkan beliau akan kembali ke Everest Base Camp (EBC) selepas urusan bawa pulang jenazah arwah selesai bagi menyambung semula misi mencari dan menyelamat Muhammad Hawari Hashim.

Katanya, operasi SAR di Kem Dua semalam ditangguhkan akibat cuaca buruk dan diteruskan semula hari ini melalui jalan darat membabitkan enam sherpa.

“Dua unit helikopter turut digerakkan hari ini bagi menjejaki Muhammad Hawari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI