fbpx

Pemandu lori pindah 100 kambing tanpa kebenaran didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohamad Aizat (hadapan) di bawa keluar dari kamar mahkamah selepas didenda RM5,000 kerana memindahkan 100 ekor kambing tanpa kebenaran di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu lori didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memindahkan 100 ekor kambing bernilai RM35,070 tanpa kebenaran pada lapan bulan lalu.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Wan Mohamad Aizat Wan Ismail, 23, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Beliau turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Mohamad Aizat didakwa memindahkan 100 ekor kambing hidup dengan sebuah lori tanpa kebenaran sah Pengarah Perkhidmatan Veterinar Terengganu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Wan Mohamad Aizat di tepi jalan berhampiran Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu pada pukul 8.50 malam, 27 September 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Perenggan i(b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku Dan Mulut Dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953. Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Mohd. Shahihan Mohd. Tahar dan Fazlizan Ishak Khan manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI