fbpx
SYAFIQ KYLE

Syafiq Kyle sedih karier tak dipedulikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETERBUKAAN soal hati, percintaan dan perancangan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat membuatkan si darah manis, Syafiq Kyle ‘terpaku’ daripada mengelakkan diri saat diusulkan persoalan peribadi.

Datanglah apa sahaja drama naskhah yang dirasakannya patut dibawa ke hadapan, tetapi tumpuan khalayak tetap mahu mengorek romantisnya hubungan Syafiq bersama aktres tinggi lampai, Mimi Lana.

Sama cantik sama padan, sama-sama juga dioleng populariti, tentu kisah pasangan sejoli itu mudah menarik perhatian, mudah juga menuai sensasi.

Selagi tidak mendirikan rumah tangga, mereka akan terus dikejar pertanyaan mengenai kisah peribadinya.

Di sebalik keterujaan umum dan media khususnya itu, tumpuan berlebihan soal peribadi adakalanya menimbulkan rasa sebak di hati pemilik nama lengkap Mohd. Syafiq Shamim Abd. Razak itu apabila berasakan soal kariernya tidak diberi perhatian.

“Saya tidak berdiam tentang tawaran kerja yang saya terima. Saya cakap perkara ini kepada semua pihak.

SYAFIQ kini bekerja keras sebelum menumpukan fokus untuk persiapan perkahwinan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Namun, saya sedih juga perkara sebegini tidak diberi liputan dan orang tidak tahu penglibatan saya.

“Tidak nafikan juga orang mahu mengambil tahu mengenai perkahwinan tetapi dalam masa sama saya bekerja dan sedang merancang apa yang perlu dilakukan selepas kahwin,” katanya kepada HibGlam.

Biarpun dihadapkan dengan pelbagai tawaran berlakon, Syafiq akui agak sedih apabila segala usahanya tidak diberi tumpuan.

“Sebagai pelakon saya kena mengembara. Tidak semestinya jadi tumpuan orang, barulah saya mula buat.

“Saya ambil tawaran ini sebagai proses pembelajaran dan untuk belajar bahasa Inggeris.

“Jadi, saya suka cabar diri. Saya tidak berdiam diri mengenai tawaran ini tetapi saya sedih perkara ini tidak jadi fokus,” luahnya dalam nada kesal.

POPULAR, muda dan berbakat besar, Syafiq Kyle dilhat mempunyai banyak peluang menyerlahkan potensi jika bijak mengendalikan karier dan kehidupan peribadinya.

Naskhah dari UK

Berkongsi berita gembira, tunangan Mimi Lana itu bercerita tentang penglibatannya dalam sebuah siri adaptasi novel berkisar lelaki bernama Inspektor Singh terbitan produksi United Kingdom.

“Saya terlibat dalam satu siri yang bakal dimainkan dalam platform penstriman di United Kingdom (UK) dan penggambaran dijalankan di Malaysia.

“Kebetulan ketika saya sertai proses pemilihan pelakon semasa mereka membuat pencarian bakat di sini, ada juga beberapa artis Malaysia lain yang terlibat dalam naskhah berkenaan,” jelasnya.

Menceritakan lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Nur itu kini persediaan untuk menjalani penggambaran pada bulan hadapan.

“Naskhah tersebut bercerita tentang Inspektor Singh yang ke beberapa ibu kota setiap negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Iceland untuk menyelesaikan beberapa kes.

“Saya pula memainkan watak sebagai Sarjan Shukor dan saya tidak boleh memperincikan mengenai watak tersebut.

“Sekarang baru proses persediaan, jadi saya tidak boleh memutuskan apa-apa lagi,” ujar Naib Juara Hero Remaja 2011/2012 itu.

Penglibatannya dalam naskhah terbitan UK tersebut juga disifatkan sebagai batu loncatan untuk melebarkan lagi kariernya.

“Tawaran ini sebagai batu loncatan saya untuk kenalkan bakat dan boleh pergi lebih jauh.

“Saya minta doakan kehidupan saya dan tawaran tersebut sememangnya impian saya,” tuturnya.

Menyambung perbualan tentang kemaraan kerja seni, Syafiq juga sedang muncul dengan sebuah karya Tonton Original berjudul Seindah Kasih The Movie yang ditayangkan sejak 12 April lalu.

Seindah Kasih The Movie memaparkan kisah enam kaki tangan Media Prima daripada jabatan yang berbeza. Kesemua mereka menghadapi krisis hubungan tatkala kesibukan bulan Ramadan.

Syafiq memegang watak utama sebagai Nazmi iaitu seorang wartawan akhbar yang sering timbul rasa tidak puas hati terhadap seorang wanita yang bekerja di bahagian digital.

Menelaah skripnya sahaja membuatkan Syafiq tidak berfiir banyak kali untuk menerima tawaran lakonan naskhah berkenaan.

“Skrip dan cerita tidak berat dan sebab saya terima tawaran ini kerana watak yang tidak pernah dibawa iaitu menjadi wartawan.

“Benda kedua sebab saya terima adalah konsepnya. Apabila ada cerita seperti romantik komedi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk tengok hasil,” tutupnya.

SYAFIQ tidak sabar untuk terlibat dalam siri istimewa terbitan sebuah produksi dari UK yang dijadualkan menjalani penggambaran pada bulan hadapan.

Polis Evo 3

Selain penglibatan dalama dalam Seindah Kasih The Movie, Syafiq juga membuat kemunculan pertama dalam Polis Evo 3 yang akan ditayangkan pada 25 Mei ini.

Dia yang memegang watak sebagai Inspektor Dani itu berkongsi pengalaman berpeluang menggunakan senjata yang seakan-akan sama seperti sebenar dan berpakaian sut lengkap.

“Saya kena ulang melakukan babak mengeluarkan pistol sebanyak beribu kali dalam masa tiga jam untuk memastikan aksi tersebut nampak kemas.

“Kadang terfikir juga setiap saya lakukan, tetapi apabila berada dalam set dengan latihan beribu kali setiap hari, saya dapat melakukan pergerakan tersebut dengan tangkas,” katanya.

Selain Syafiq, Polis Evo 4 arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan watak utama iaitu Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN