fbpx

Cubaan seludup rokok RM4 juta digagalkan kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nadzri (kiri) memeriksa sebahgian kotak mengandungi rokok seludup yang berjaya dirampas JKDM pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Cubaan menyeludup rokok dianggarkan bernilai keseluruhan hampir RM4 juta berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu dalam serbuan di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Sabtu lalu.

Rokok pelbagai jenama tersebut berjaya dirampas dalam serbuan pada pukul 1 tengah hari.

Pengarah JKDM Terengganu, Mohd. Nadzri Ariffin berkata, rokok berkenaan dijumpai di dalam dua buah lori dan sebuah bot gentian kaca yang ditempatkan di lokasi kejadian.

“Kita telah melakukan risikan selama empat hari setelah menerima maklumat tentang kegiatan penyeludupan rokok dari negara jiran.

“Siasatan awal percaya rokok itu diseludup masuk oleh sindiket tempatan bagi pasaran Pantai Timur dan Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Mohd. Nadzri berkata, anggota sindiket yang menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa JDKM telah bertindak melarikan diri.

“Mereka lari bertempiaran ke kawasan belukar manakala kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI