fbpx

Pencabul diberkas peluk wanita tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dicabul seorang lelaki di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di Sea Park, Petaling Jaya, yang tular baru-baru ini.

PETALING JAYA -Seorang lelaki diberkas sepasukan polis selepas disyaki mencabul seorang wanita yang sedang berjalan di Sea Park, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan pada pukul 10.15 malam di Ara Damansara, di sini.

“Hasil siasatan mendapati suspek dikehendaki polis bersabit dua kes iaitu di Wangsa Maju dan Kelana Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, suspek ditahan reman selama empat hari bermula kelmarin sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh menghubungi Balai Polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Rabu lalu, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun mendakwa dicabul oleh seorang lelaki pada pukul 7.09 malam.

Suspek bertindak memeluk mangsa dari arah belakang dengan berpakaian dan bertopi warna hitam serta memakai pelitup muka sebelum melarikan diri. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI