fbpx

Niat Thalia bantu lahir usahawan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THALIA mahu melihat lebih ramai anak bangsanya berjaya sebagai usahawan.

JIKA pada awal pembabitan dalam bidang perniagaan, produknya dikenali sebagai Iman Health & Beauty. Namun kini, ia dijenamakan semula sebagai Talia dan semakin dikenali ramai.

Di sebalik kejayaan syarikat tersebut melebarkan produknya dalam pasaran domestik dan bakal menembusi pasaran global, pelbagai ‘jatuh bangun’ dan ‘sepak terajang’ terpaksa ditelan pengasasnya, Datin Thalia Baiduri Abdul Rasyid.

Menurutnya, syarikat dan produk keluarannya, Talia mustahil dikenali ramai tanpa kehadiran serta sokongan stokis serta ejen yang mampu menarik lebih banyak sokongan daripada pengguna tempatan.

Wanita berusia 37 tahun itu berkata, sejak diperkenalkan sekitar 2019 lalu, jenama berkenaan mendapat sambutan sangat menggalakkan hingga ke saat ini.

Jelasnya, dia berasa teruja untuk menghasilkan lebih banyak produk kesihatan untuk dimanfaatkan oleh para pengguna.

“Mempunyai perniagaan sendiri merupakan impian saya sejak kecil lagi. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan dan beri peluang itu kepada saya.

“Di sebalik kejayaan yang dikurniakan kini, saya juga memasang impian besar untuk melahirkan lebih ramai usahawan terutama dalam kalangan wanita termasuk ibu tunggal dan pelajar,” katanya kepada Aura.

Jelasnya, niat murninya itu lahir sebelum dia mengasaskan perniagaan itu lagi kerana mahu melihat bangsanya maju dan berjaya meskipun datang daripada pelbagai latar belakang.

“Cita-cita saya tinggi, impian saya juga besar. Saya mahu memperkasakan golongan wanita di negara ini.

“Pastilah lelaki juga mempunyai peluang yang sama jika ingin bersama teroka dunia bisnes ini.

THALIA (tengah) bersama stokisnya ketika ulang tahun ketiga jenama Talia tahun lalu.

“Namun, saya ingin sangat melihat rakyat kita berjaya.

“Saya tidak mahu berjaya seorang diri,” ujarnya yang mula mengenali dan berjinak-jinak dalam bisnes sejak di bangku sekolah rendah.

Menurut wanita yang mesra disapa Thalia itu, sejak pandemik mula melanda dunia sekitar awal 2020 lalu, ramai yang hilang kerja dan punca pendapatan.

Justeru katanya, dia menggesa semua orang terutama wanita untuk memberanikan diri dan menyahut cabaran bagi memperkasakan diri bergelar usahawan dan jutawan berjaya kelak.

“Sejak pandemik, ramai yang susah, hilang kerja, punca pendapatan terjejas dan sebagainya.

“Kita sendiri juga terkesan. Kami di Talia mendapat semangat untuk berniaga secara atas talian.

“Lebih ramai stokis percaya pada produk kami dan mereka mula menyertai dan mendaftarkan diri.

“Ini juga antara sebab tercetusnya idea untuk penjenamaan semula label kami yang rata-ratanya menerima reaksi positif,” katanya.

Terdahulu, mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut hadir merasmikan produk kecantikan serta penjenamaan semula Talia yang berlangsung di ibu negara pada tahun lalu.

Tambah ibu kepada empat cahaya mata itu, pada majlis tersebut, usahawan dan stokis yang berjaya mencapai sasaran syarikat telah dihargai termasuk menerima ganjaran berupa kenderaan mewah.

“Kami amat komited dengan apa yang diilhamkan terutama rancangan dan sasaran.

“Pada tahun ini, kami menyasarkan nilai jualan melebihi RM30 juta iaitu tiga kali ganda berbanding RM10 juta pada tahun lalu.

“Jadi, syarikat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai cita-cita dan semangat untuk berjaya serta merubah hidup,” katanya.

Berkongsi mengenai cabaran dan jatuh bangun dalam perniagaan, Thalia mengakui, perkara tersebut tidak dapat dielakkan dan menjadi asam garam dalam dunia bisnes.

Katanya, pada awal perniagaan, memang agak sukar dan perlu survival yang kuat sebelum jenamanya dikenali memandangkan terlalu banyak produk sama di pasaran.

“Saya sendiri pernah jatuh terduduk dalam bisnes dan gagal berkali-kali. Namun, saya jenis berani dan bangkit semula perlahan-lahan.

“Bagi saya, itu (gagal) bukan alasan untuk saya tunduk dan menyerah kalah.

“Prinsip hidup saya, bila gagal sekali, jangan terus serah kalah apatah lagi berputus asa.

“Set (tetapkan) minda kita dan fokus dengan apa yang ingin dicapai. Selebihnya kita serahkan kepada Ilahi untuk menentukan setelah segala usaha dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI