fbpx

Kutipan sisa pukal Aidilfitri dibuat sebelum 18 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – SWCorp Wilayah Persekutuan (WP) meminta penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya mengeluarkan sisa pukal dari rumah masing-masing untuk dikutip pada atau sebelum 18 April ini.

Ia bagi melancarkan kutipan sisa pukal oleh Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, pihaknya mengambil maklum dengan pertambahan sisa atau sampah pukal yang bakal berlaku.

Beliau berkata, masyarakat dijangka membuat pembersihan rumah dan mengeluarkan sisa jenis pukal seperti kelengkapan rumah serta perabot lama bagi menggantikannya dengan yang baru.

“Sisa pukal dijadualkan dikutip seminggu sekali, dan jadual kutipan adalah seperti di papan tanda yang terpasang di kawasan perumahan masing-masing.

“Bagi mengawal kebersihan, SWCorp WP dengan ini memohon semua penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengeluarkan sisa pukal masing-masing dengan segera,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, semua penduduk boleh menghubungi talian Indahkan Malaysia di talian 1-80088-7472 atau SWCorp WP di talian 03-2245 9292 jika kutipan sisa pukal masih belum sempurna atau tidak dikutip lagi pada 19 dan 20 April ini.

Jelasnya lagi, sisa pukal hanya akan dikutip semula pada Hari Raya ke-6, manakala kutipan sisa baki atau domestik akan berjalan seperti jadual yang ditetapkan.

Ummi Kalthum berkata, beliau juga memohon supaya penghuni untuk memarkir kenderaan dengan sempurna supaya tidak menghalang lori kompaktor yang membuat kutipan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI