Mayat si mati diletakkan di atas tilam di dalam bilik tempat dia ditemui.

Lelaki murung ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADAWAN – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di dalam biliknya di rumah mereka di Kampung Sungai Maong di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 12.49 malam tadi.

Susulan itu, katanya pegawai serta anggota dari Balai Polis Batu Kawa telah pergi ke lokasi kejadian dan apabila sampai mendapati mayat lelaki berusia 27 tahun itu sudah diturunkan oleh ahli keluarganya dan diletakkan di atas tilam di dalam bilik tempatnya ditemui.

“Si mati telah menggantung diri menggunakan tali pinggang yang diletakkan pada jeriji tingkap dalam bilik tidurnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Abang Zainal, berdasarkan temu bual dengan kakaknya, si mati merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik dan masih bujang.

Selain itu, katanya kakak si mati memberitahu adiknya yang tidak bekerja mempunyai masalah kemurungan sejak dua tahun lalu dan disarankan oleh doktor untuk mengambil ubat dari Klinik Psikiatri Hospital Umum Sarawak (HUS)

“Pihak Hospital juga akan datang sebulan sekali untuk memberi suntikan kepada si mati bagi merawat masalah kemurungan yang dihadapinya,” katanya.

Sementara, Abang Zainal berkata pegawai perubatan dari HUS yang turut datang ke tempat kejadian mengesahkan kematian si mati dengan kesan jerutan pada bahagian leher. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN