fbpx
MASSILA Kamalrudin (dua dari kanan) bersama kakitangan universiti bergotong-royong menyediakan nasi talam di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

UTeM sedia nasi talam percuma untuk pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengambil inisiatif menyediakan nasi talam secara percuma kepada para pelajarnya sepanjang Ramadan ini.

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, juadah berbuka puasa menerusi dana sumbangan kakitangan universiti dan masyarakat itu dilakukan secara bergotong-royong melibatkan lebih 1,500 orang kakitangan dan dibantu sukarelawan pelajar.

“Peruntukan berjumlah RM130,000 turut disumbangkan oleh Pusat Islam UTeM, Tabung Kewangan Masjid Sayyidina Abu Bakar dan Tabung Amal Jariah UTeM. Program dimulakan dengan aktiviti memproses dan menyediakan bahan mentah diikuti aktiviti memasak secara bergotong-royong.

“Amalan atau konsep unik di UTeM adalah makanan yang telah siap dimasak akan dihidangkan dalam talam dan disusun untuk dinikmati bersama-sama ketika berbuka puasa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau berharap inisiatif itu akan memberikan manfaat terutama kepada pelajar yang kurang berkemampuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN