fbpx

Lelaki pukul imam akan didakwa di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun Facebook ILovePahang.

KUANTAN – Lelaki yang tular dalam satu rakaman video kerana bertindak memukul imam Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, 26 Mac lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Kuantan, esok.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan kerana melakukan kacau ganggu solat di rumah ibadat.

Katanya, suspek kini sedang ditahan dan dalam pengawasan unit psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Bercerita tentang kejadian, Wan Zahari berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang sudah lama berada di kawasan terbabit telah menjadi agresif pada hari kejadian.

“Suspek mendakwa bertindak demikian kerana mendengar imam yang mengimamkan solat telah menyebut namanya ketika membaca surah.

“Tindakannya itu dipercayai ada kaitan dengan pengaruh dadah berikutan hasil ujian saringan ke atas dirinya mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Justeru itu suspek juga turut akan didakwa atas pertuduhan kedua mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu sesi taklimat Operasi Bersepadu Pembersihan Gelandangan dan Pengemis serta Orang Kurang Siuman di sekitar zon Kuantan di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular satu rakaman video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman telah memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, sekitar jam 6.18 pagi Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI