fbpx
Antara barang yang dirampas dalam dua serbuan berasingan, Isnin lalu.

Miliki hampir 5,000 gram ganja, 6 lelaki disyaki pengedar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Enam lelaki disyaki mengedar ganja ditahan selepas pihak polis menemui bahan khayal tersebut seberat 4,928 gram (g) dalam dua tangkapan berasingan, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam tangkapan pertama, tiga lelaki diberkas di dalam sebuah kereta jenis Toyota Fortuner berwarna perak di kawasan parkir sebuah kondominium Sri Damansara, di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan pada pukul 6.30 petang itu mendapati suspek berusia 25 hingga 27 tahun itu memiliki dua ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 2,035 gram.

“Kita turut merampas satu rangkai kunci mengandungi dua anak kunci berserta key-chain. Ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis tetrahydrocannbinol.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati seorang suspek mempunyai satu rekod di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983, manakala dua lagi suspek tidak mempunyai rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil daripada maklumat serbuan pertama, tiga lagi lelaki tempatan berusia 25 hingga 31 tahun ditahan di sebuah rumah di Sungai Buloh, Selangor disyaki turut terlibat aktiviti pengedaran dadah jenis ganja, pada hari yang sama.

Menurut Fakhruddin, hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis menemukan dadah jenis ganja seberat 2,893 gram.

Tambahnya, tiga buah kenderaan jenis Isuzu D-Max, Proton Saga serta Perodua MyVi telah disita dan ujian saringan awal air kencing ke atas dua suspek didapati positif dadah jenis tetrahydrocannbinol, manakala seorang lagi suspek negatif.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM12,320 dan nilai sitaan berjumlah RM117,000. Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN