fbpx
Bot gentian kaca ditahan APMM Zon Kuala Kurau kerana langgar syarat sah lesen diperairan Kerian semalam.- IHSAN MARITIM MALAYSIA.

Bot nelayan ditahan langgar syarat sah lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT BUNTAR – Sebuah bot nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau kerana tidak diusahakan sendiri dan tidak mempunyai kebenaran penggunaan kru warga asing.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim, Mohd Najhan Azman Hamid berkata, bot tersebut telah ditahan pada kedudukan 1.1 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau pada sekitar jam 12.05 tengahari semalam.

“Anggota pasukan telah mengesan bot itu dan telah membuat pemeriksaan mendapati terdapat 3 orang pemegang kad pelarian UNCHR berumur antara 21 hingga 37 tahun yang tidak mempunyai dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing.”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tekong yang mengendalikan bot yang merupakan warga tempatan gagal menunjukkan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing dan jentera utama bot juga telah diubah serta melanggar spesifikasi seperti yang tercatat dalam lesen.

Tambahnya, kru nelayan ditahan manakala bot, peralatan dan 150 kilogram hasil ikan campur dirampas sebelum dibawa balik ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen, mengubah spesifikasi jentera utama dan tiada kebenaran kru warga asing yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN