fbpx
SALAH sebuah rumah penduduk di Jalan Parit Keliling, Kampung Parit Lancang, Ayer Baloi, Pontian yang masih ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Banjir: Hanya sempat bawa beberapa pakaian, dokumen penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Mangsa banjir di beberapa buah kampung di Mukim Ayer Baloi bersyukur dapat menyelamatkan diri apabila air secara mengejut memasuki kediaman masing-masing, malam semalam.

Dalam kejadian selepas solat isyak, mereka semua diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom, Sanglang di sini, oleh pihak berkuasa.

Mangsa banjir, Musairi Mohd. Subohi, yang tinggal di Parit Keliling, Kampung Parit Lancang, tidak menyangka air begitu cepat naik dan memasuki keseluruhan rumahnya dalam beberapa minit sahaja.

Katanya, dia bersama isterinya, Salamah Bakri, 63, hanya dapat membawa beberapa helai pakaian serta dokumen penting kerana bimbang dengan keselamatan mereka apabila paras air semakin tinggi.

Menurut bekas pesara guru agama, ini merupakan kali ketiga, dia terpaksa berpindah ke PPS , dimana pada tahun lepas sebanyak dua kali disebabkan hujan lebat selain bertembung dengan air pasang.

“Harap pihak berkenaan dapat buat sesuatu pastikan sistem pengaliran ditambah baik untuk elak perkara sama berulang,” jelasnya ketika ditemui di PPS SK Seri Anom, Sanglang, di Pontian.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Salleh Mohd. Ayub, 48, menyifatkan banjir yang berlaku di Parit Keliling, Kampung Parit Lancang adalah terburuk walaupun sebelum ini pernah berlaku banjir seperti itu.

Katanya, dia bersama isteri dan enam orang anaknya telah diarahkan berpindah manakala barangan lain seperti perabot tidak dapat diselamatkan termasuk peralatan elektrik dan pakaian sekolah anak-anak.

“Walaupun belum membeli sepenuhnya tetapi pakaian lama yang ada tidak dapat diselamatkan setelah diarah berpindah segera ke PPS pada malam kelmarin,” ujarnya.

Bagi penduduk di Kampung Parit Haji Mohammad, Sanglang, Rubinah Adnan, 64 dan Mahani Ahmad, 44, juga mengalami situasi yang sama apabila rumah mereka dimasuki air pada malam kelmarin.

“Rumah saya bersama tiga lagi mangsa berkedudukan rendah dan menyebabkan apabila hujan lebat beberapa jam, air begitu cepat naik dan memasuki rumah mereka masing-masing,’ ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN