fbpx
Gambar hiasan.

Hujan sepanjang hari di beberapa negeri sehingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan sepanjang hari melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

Antara negeri berisiko adalah Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 11 pagi ini, sebanyak 280 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri terlibat banjir ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, jumlah mangsa yang masih terjejas adalah 35,107 orang daripada 9,848 buah keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN