fbpx
Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan harap keadilan untuk kes lain Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes DS @NajibRazak #BossKu yang lain.”

Demikian hantaran dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di media sosial, pagi ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Turut dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan sama ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN