fbpx

[VIDEO] Melambung dirempuh kereta langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penunggang motosikal dilanggar kereta tersebut.

KLANG – Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan melambung apabila motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Batu Unjur, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi, mangsa dikenali AK Jonathan, 27, patah jari manis kaki kanan selain luka di bahagian belakang anggota badannya.

Insiden pelanggaran itu tular di laman Twitter menerusi video berdurasi 22 saat daripada rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan hasil siasatan awal kereta jenis Proton Wira itu dipandu peniaga ikan berusia 20 tahun.

Katanya, kenderaan itu didapati tidak memberhentikan kenderaannya semasa lampu isyarat merah dari Pandamaran ke Taman Sentosa.

“Ini menyebabkan kereta itu melanggar mangsa yang dalam perjalanan ke Bukit Tinggi dari Taman Chi Liung.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” katanya daam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyem 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI