fbpx

Penjara warga asing buat salah trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNGGANG motosikal yang diperiksa dalam sekatan jalan raya. baru-baru ini.

KOTA BHARU – Majikan terutama di sektor perkilangan dan perladangan yang menggunakan khidmat migran perlu menyediakan pengangkutan yang bersesuaian untuk pekerja ma­sing-masing bagi mengelakkan mereka memandu sendiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pengangkutan yang disediakan pihak majikan akan memudahkan pekerja asing bergerak sekali gus dapat mengelakkan masalah di jalan raya.

Menurut beliau, pihaknya te­lah mengeluarkan sebanyak 129 saman ke atas warga asing bagi kesalahan memandu kereta dan menunggang motosikal tanpa lesen dalam tempoh dua tahun.

“Daripada jumlah itu, seba­nyak 55 saman dikeluarkan pada 2021, manakala 74 lagi pada tahun lalu. Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 25 saman diikuti Kota Bharu dengan 20 saman.

“Daerah Bachok dan Jeli ma­sing-masing hanya mencatatkan satu saman membabitkan warga asing memandu kenderaan tanpa lesen sepanjang tempoh ber­kenaan,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! baru-baru ini.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati kebanyakan warga asing yang ditahan didapati memandu kereta atau menunggang motosikal milik rakyat tempatan.

Berita berkaitan: Ramai suka jual kereta lama pada Rohingya

Jelasnya, berdasarkan siasatan, pemilik memberi kebenaran kepada individu lain iaitu warga asing yang tiada lesen memandu menggunakan kenderaan mereka.

“PDRM memandang serius peningkatan pelanggaran undang-undang di jalan melibatkan warga asing. Operasi berterusan akan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan semua Ketua Polis Daerah untuk mengesan warga asing memandu di jalan raya,” kata beliau.

Muhamad Zaki menambah, kesalahan melibatkan warga a­sing di jalan raya disiasat mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda RM300 hingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI