fbpx

Dua maut tersepit kemalangan berhampiran jirat Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 47, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang berhampiran jirat cina pagi tadi.

KLUANG – Dua lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 47, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan pada jam 4.12 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dan motosikal jenis Honda Wave ditunggang seorang lelaki.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta itu dari arah Batu Pahat menghala ke Kluang manakala motosikal dari arah bertentangan. Apabila sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta berkenaan kemudian bertembung dengan motosikal tersebut sebelum terbabas melanggar tiang lampu di sebelah kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bahrin lagi, akibat kemalangan itu, penumpang hadapan kereta berkenaan, V. Prashaanthan, 20, yang beralamat di Taman Cahaya Pelangi di sini cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ujarnya lagi, pemandu kereta, B. Nantha Kumar, 30, yang beralamat di Taman Bersatu di sini cedera parah di kepala, leher dan patah tulang belakang, kini berada di Zon Merah Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

“Seorang lagi penumpang belakang yang merupakan adik kepada Nantha Kumar iaitu B. Sathis Kumar, 27, patah tangan tangan kiri, cedera di muka dan berada di Zon Kuning hospital sama” katanya.

Sementara penunggang motosikal tersebut katanya, T. Ravindran, 51, beralamat di Taman Kluang Jaya cedera di kepala, patah tangan kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI