fbpx

Mesyuarat Bahagian, Perhimpunan Agung UMNO ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Berikutan penularan wabak Covid-19, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 ditangguhkan sehingga tahun depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu selaras dengan Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO.

“Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO yang dirujuk berbunyi “Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu”.

Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah pada 6 dan 7 Disember 2019. Maka 18 bulan selepas itu ialah selewatnya pada 5 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Fasal 8.2 Perlembagaan dibaca bersama Perkara 5.4 Peraturan Persidangan yang menyatakan, tarikh Perhimpunan Agung, tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan tempoh Persidangan Cawangan adalah oleh Majlis Tertinggi.

Jelasnya, UMNO bersetuju bahawa tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah antara Mac hingga April 2021, manakala Perhimpunan Agung akan berlangsungkan antara Mei hingga Jun 2021.

Ahmad Maslan berkata, keputusan itu telahpun mendapat persetujuan secara majoriti daripada Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO melalui resolusi secara edaran.

“Penangguhan ini melibatkan sekitar 764 persidangan iaitu empat mesyuarat perwakilan untuk setiap 191 UMNO Bahagian di seluruh negara.

“Oleh kerana begitu banyak perhimpunan yang melibatkan puluhan ribu orang, ianya kemungkinan berupaya untuk merebakkan wabak Covid-19,” ujarnya.

Justeru, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri di 191 bahagian disarankan mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan prihatin rakyat dan ziarah kasih kepada yang memerlukan bantuan dalam kawasan masing-masing. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI