fbpx

AJL37: Siapa juara? Sherry, Jihan jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN sengit finalis AJL37 mencuri tumpuan selain penantian peminat menyaksikan gandingan hos Sherry Alhadad dan Jihan Muse yang kembali beraksi mengendalikan acara besar.

PEJAM celik, malam ini akan berlangsungnya acara gemilang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang diadakan di Axiata Arena.

Barisan penyanyi, lagu, komposer dan penulis lirik yang bertanding pada malam ini semuanya hebat-hebat belaka hinggakan tidak dapat menjangkakan siapa bakal membawa pulang trofi utama.

Mengikut kajian yang Diva lakukan, ramai menjangkakan Debu nyanyian Dayang Nurfaizah duet Amir Masdi, Nang (Iman Troye), Mainan (Naim Daniel) serta Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow bersama SonaOne) bakal membawa pulang trofi.

Tidak ketinggalan, Marsha Milan menerusi lagu Kembali Terang, Aina Abdul (Terus Hidup) dan Ernie Zakri (Korban) nama yang disebut bakal bawa pulang trofi vokal terbaik.

Sengit sungguh, namun ada hal lain yang turut membuatkan ramai tidak sabar menonton AJL tahun ini iaitu gandingan dua hosnya, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Pasti gamat Axiata Arena dengan gelagat dua hos itu terutama mereka yang merindui kemunculan semula Jihan menjadi pengacara untuk acara besar sebegini.

Harapan Diva, AJL37 tidak hambar dan mereka yang bertanding memberikan sehabis baik pada malam ini. Sebelum terlupa, paling tidak sabar sudah tentunya ramai nak lihat fesyen yang bakal digayakan Aina nanti, mesti gempak!

DIVA: Walaupun berjaya jadi finalis, ada yang mempertikai kelayakan lagu Irama nyanyian Shiha Zikir ke AJL37. Itulah dinamakan rezeki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI