fbpx

Piala FA: Howe pertahan pemilihan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN tengah Newcastle, Jacob Murphy (kanan) cuba melakukan larian sambil cuba dihalang pemain pertahanan Wednesday, Dominic Iorfa pada aksi awal pagi semalam. – AFP

SHEFFIELD – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe tetap mempertahankan keputusan pemilihan pemain yang dilakukannya ketika mereka berdepan kekalahan mengejutkan 1-2 berdepan Sheffield Wednesday pada aksi pusingan ketiga Piala FA awal pagi semalam.

Musim lalu menyaksikan The Magpies berdepan situasi sama apabila tewas pada pusingan ketiga kepada pasukan daripada Liga 1 England, namun beliau mengakui bahawa pemainnya gagal beraksi seperti diharapkan selepas melakukan lapan pertukaran.

“Kami terdesak untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan ini dan saya memilih pemain yang saya fikir cukup kuat untuk kami mencapai matlamat itu.

“Kami sedar bahawa pasukan ini tidak memiliki skuad yang besar. Bilangan kami lebih kecil, tetapi kami memiliki kualiti. Kami cuba memberikan peluang kepada pemain-pemain yang kurang mendapat minit perlawanan dan saya fikir ada perkara positif dan negatif yang diperoleh menerusi perlawanan kali ini,” katanya.

Newcastle turun tanpa kelibat Allan Saint-Maximin yang masih belum sihat sejak aksi awal tahun baharu, namun Howe kembali mendapatkan khidmat penyerang, Alexander Isak yang diturunkan untuk tempoh 45 minit selepas empat bulan tersisih akibat kecederaan paha.

“Selain perlawanan ini, kami perlu berdepan aksi suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Leicester City. Saya cuba memanfaatkan skuad kecil yang kami ada untuk aksi kali ini, tetapi ia tidak menjadi.

“Sekiranya kami tidak ada perlawanan menentang Leicester, saya mungkin akan membuat pilihan yang berbeza, tetapi matlamat utama kami adalah EFL kerana kami sudah berada pada tahap itu.

“Kami tidak mempunyai banyak pengalaman berdepan kekalahan musim ini, apabila berlaku saya fikir ia sangat menyakitkan kerana kami tidak sukakan kekalahan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI