fbpx
TAKLIK tambahan tidak melanggar hukum syarak dan boleh dilakukan bagi mengelakkan masalah jika bercerai. – GAMBAR HIASAN

Taklik tambahan lindungi wanita terus dianiaya suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Masih ramai wanita tidak mengetahui terdapat taklik tambahan yang dibenarkan dalam syarak sebagai pelindung hak mereka sekiranya si suami enggan memberikan kerjasama dalam proses perce­raian.

Peguam Syarie Nur Amalina Adam berkata, lafaz itu bertujuan memberikan perlindungan jika wujud eksploitasi terhadap wanita.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan wanita masih belum mempunyai kesedaran atas alasan mereka masih percaya kepada suami.

“Masih ramai wanita tidak sedar dengan kemudahan ini untuk melindungi hak mereka sebagai isteri.

“Taklik tambahan dipercayai dapat membentuk keluarga yang baik, menjaga akhlak dan tingkah laku selain melindungi wanita yang dizalimi,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nur Amalina, secara purata hampir 38 peratus kes tuntutan cerai pada 2021 melibatkan suami bermasalah yang membuatkan isteri mengalami tekanan emosi dan stres.

Tambahnya, taklik tambahan akan membuatkan suami sedar mengenai kesalahan mereka atau berubah menjadi lebih baik.

“Taklik tambahan akan membuatkan suami berfikir panjang sebelum membuat perkara buruk kerana ia memerlukan persetujuan kedua-dua pihak dan tidak boleh ditarik semula,” katanya.

Ujar Nur Amalina, taklik itu boleh dilakukan ketika atau selepas bernikah dan hukumnya adalah harus.

“Isteri boleh menetapkan atau meletakkan taklik tambahan seperti melarang suami berlaku curang, memukul, mabuk, mela­rang isteri berhenti kerja atau sebagainya,” katanya.

Proses bercerai menerusi taklik tambahan juga lebih singkat dengan mengambil masa minimum satu atau dua bulan bergantung kepada mahkamah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN