fbpx
Kelibat ‘mat berat’ tidak lagi kelihatan di Jalan Belia, Chow Kit selepas polis menjalankan operasi.

Lokasi ‘syurga makanan’ gelandangan dikawal polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kawasan Chow Kit di sini yang sebelum ini menjadi lubuk ‘mat berat’ berkumpul menunggu bantuan makanan sehingga mengabaikan anak bermain di tepi jalan kini lengang selepas polis menjalankan operasi dan kawalan.

Operasi susulan laporan eks­klusif selama tiga hari Kosmo! bermula 28 November tahun lalu itu dilakukan selepas polis mendapati tindakan ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain di tepi jalan boleh mengundang risiko kemalangan dan membahayakan nyawa.

Tinjauan di lokasi itu mendapati tiada lagi ‘mat berat’ berkumpul seperti sebelum ini dan kawasan itu lengang dan tiada mana-mana pihak yang datang untuk menghantar bantuan makanan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan pihaknya mendapati terdapat orang awam melepak dan berkumpul sambil membawa anak-anak mereka untuk menunggu makanan bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam di Jalan Belia, Chow Kit.

Katanya, berdasarkan laporan itu, pihaknya telah me­lakukan pemantauan secara berte­rusan bagi memastikan kawasan itu tidak lagi dicemari dengan kehadiran golongan itu.

Sebahagian gelandangan bersama anak-anak mereka ‘bersidai’ di tepi jalan di sekitar Kuala Lumpur untuk menagih simpati orang ramai.

“Perkumpulan itu telah mengganggu keadaan sekitar dan kelancaran trafik. Bagaimanapun, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kemalangan melibatkan kanak-kanak di kawasan tersebut.

“Tiada tangkapan dilakukan sebaliknya kami hanya memberi nasihat supaya mereka tidak lagi melepak dan berkumpul di kawasan tersebut,” katanya kepada ­Kosmo!.

Berita berkaitan: Gelandangan kaya, ada duit RM100,000

Berita berkaitan: ‘Mat Berat’ hidup senang lenang tanpa kerja

Pada 30 November lalu, Kosmo! melaporkan mengenai keadaan gelandangan atau lebih dikenali sebagai mat berat yang melepak di kawasan tersebut untuk menunggu bantuan makanan, namun dalam masa sama membiarkan anak mereka bermain di tepi jalan.

Menurut Noor Dellhan, pasukan Omnipresence diarahkan untuk mengawal kawasan itu bersama kereta peronda dan unit rondaan bermotosikal bagi memastikan gelandangan tidak lagi berkumpul di situ.

Selepas penguatkuasaan dilakukan, tiada lagi golongan gelandangan ‘menghiasi’ Jalan Belia, Chow Kit.

Tambahnya, terdapat beberapa akta yang boleh diambil terhadap mereka yang didapati melakukan kacau ganggu atau bahaya di situ.

“Antaranya ialah Akta Kanak-Kanak 2001 di mana ibu bapa atau penjaga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 31 kerana pengabaian kepada kanak-kanak yang membawa hukuman RM20,000 atau penjara 10 tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Ujar Noor Dellhan, ketika Perintah Kawalan Pergerakan, bantuan makanan hanya di­salurkan di Pusat Gelandangan Medan Tunku selepas me­ngadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, pihak yang ingin memberi bantuan makanan perlu mendapatkan kebenaran daripada DBKL bagi mengelakkan tindakan diambil mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan Kecil 1955 sekiranya mereka meninggalkan makanan hingga menghalang lalu lintas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN