fbpx
Kanak-kanak perempuan tersepit kaki kiri di dalam penutup longkang di sebuah sekolah di Jalan 3/125, Taman Desa Petaling, di sini, hari ini.

Setengah jam tahan sakit, kaki tersepit penutup longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan menempuh detik mencemaskan apabila kakinya tersepit dalam penutup longkang di sebuah sekolah di Jalan 3/125, Taman Desa Petaling, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9 pagi sebelum menghantar jentera ke tempat lokasi kejadian.

Katanya, kekuatan anggota seramai tujuh pegawai bomba lain-lain pangkat daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Besi dikerahkan untuk tugasan menyelamat.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian terdapat seorang kanak-kanak perempuan kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 16 tahun tersepit kaki kiri di dalam penutup longkang.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan tersebut dengan menggunakan peralatan power unit dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, usaha mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut daripada tersangkut mengambil masa kira-kira 30 minit.

Menurutnya lagi, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN