fbpx

Peribahasa DBP perli kekalahan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran peribahasa yang dimuatnaik DBP hari ini.

PETALING JAYA- Peribahasa yang dikeluarkan di hantaran Facebook Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) hari ini bagaikan memerli kekalahan pasukan bola sepak terkemuka England, Liverpool.

Peribahasa ‘Jangan merempuh sarang lebah’ yang membawa maksud bahaya jangan dicari yang digunakan DBP seakan-akan memerli pasukan bola sepak itu yang kalah dalam pertembungan liga dengan pasukan belasahan Brentford awal pagi tadi.

Brentford terkenal dengan gelaran pasukan ‘lebah’ kerana menggunakan haiwan itu sebagai maskot mereka sejak kelab dari barat London itu ditubuhkan sejak 1800-an.

Pada perlawanan Liga Inggeris (EPL) awal pagi tadi, Liverpool menerima kekalahan tiga gol berbalas satu menyaksikan pasukan bimbingan Jorgan Kloop itu masih sukar merebut slot ke Liga Juara-juara Eropah musim depan.

Rata-rata orang ramai juga turut geli hati dengan hantaran peribahasa yang dimuatnaik oleh agensi bahasa itu hari ini.

“Laju admin DBP buat kerja, mesti penyoko g Liverpool tengah tidak puas hati dengan DBP hari ini,” jelas seorang pengguna Facebook.

“Sabar lah, betul la tu sarang tebuan jangan diganggu, kan dah bengkak muka kena tiga sengatan pagi tadi,” jelas Ashraff Mahmud. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI