fbpx
Gambar hiasan.

Ibu kutu didesak pulang duit atau kena tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mangsa skim ‘kutu extra’ menuntut kepada ibu kutu dan admin pelaburan itu agar menyelesaikan isu berkenaan secara baik dengan memulangkan segera semua wang yang mereka berikan.

Perbincangan untuk mencari penyelesaian menang-menang itu perlu dilakukan bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang yang hanya merugikan kedua-dua pihak.

Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Mahmud Jumaat yang berperanan sebagai orang tengah mewakili para peserta untuk berunding berkata, satu-satunya penyelesaian isu berkenaan adalah ibu kutu dan admin yang terlibat memulangkan duit mangsa dalam kadar segera.

Berita berkaitan: Ibu kutu ‘songlap’ RM70 juta duit 2,000 peserta

Jelasnya, jika tindakan undang-undang diambil ke atas individu yang terlibat, kemungkinan besar para peserta tidak akan dapat semula wang mereka kerana akan dibekukan bagi siasatan.

“Tindakan yang dibuat sekarang ini, kita akan beri masa kepada mereka yang bertanggungjawab untuk pulangkan wang milik peserta, yang penting peserta dahulu.

“Ada mangsa yang memberitahu saya, suaminya failkan cerai selepas ‘hangus’ ribuan ringgit daripada skim tersebut, dan rata-rata mereka melabur menggunakan wang simpanan hayat. Lebih banyak masalah akan timbul jika akaun peserta dibekukan.

“Individu yang terlibat takut mereka akan didakwa, manakala mangsa yang juga pemain kutu mahukan duit mereka semula.

“Jadi, ini adalah cara terbaik setakat ini untuk mencapai situasi menang-menang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

KEGHAIRAHAN untuk mendapatkan pulangan segera yang lumayan menyebabkan ada peserta mengalami kerugian sehingga RM400,000.

Sekiranya tertuduh didapati bersalah, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 mengikut seksyen 137(1) FSA, diikuti Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

“Mengikut perjanjian, pada bulan Mac, peserta tersebut akan diberikan sekitar RM11,700 yang membawa keuntungan RM1,700 atau 30 peratus.

Tambah Mahmud, sekiranya tertuduh didapati bersalah, mereka boleh didakwa mengikut Sek­syen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 mengikut seksyen 137(1) FSA, diikuti Sek­syen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

“Skim yang wujud sejak tahun 2015 ini telah menarik perhatian peserta dengan menawarkan pakej kutu jangka masa pendek sekitar tiga bulan yang memberikan keuntungan tinggi.

“Sebagai contoh, seorang peserta akan membuat pembayaran pada bulan Januari seba­nyak RM3,000 diikuti Februari dan Mac.

“Mengikut perjanjian, pada bulan Mac, peserta tersebut akan diberikan sekitar RM11,700 yang membawa keuntungan RM1,700 atau 30 peratus.

“Masalahnya, mereka (peserta) tidak dibayar sehingga kini,” jelasnya.

Katanya, pengasas yang bertindak sebagai ibu kutu juga menjanjikan keuntu­ngan dengan alasan duit tersebut adalah hasil ‘denda’ pemain kutu terdahulu yang menarik diri.

“Pada awalnya, semua seakan permainan kutu biasa dan ditentukan mengikut giliran. Wang akan diberikan kepada ibu kutu dan wang terkumpul itu dise­rahkan kepada individu mengikut giliran yang dipersetujui,” tambahnya.

Menurut Mahmud, bagi menarik lebih ramai penyertaan, ibu kutu tersebut menawarkan komisen tinggi kepada admin atau orang bawahannya jika berjaya menarik ramai peserta.

“Isu ini mula timbul pada hujung tahun 2021 apabila ramai peserta lambat menerima wang mereka sehingga ada yang perlu meneruskan bayaran kutu walaupun berbulan tidak menerima wang.

“Peserta pula takut untuk tidak teruskan bayaran kerana diberi amaran tentang wang akan ‘hangus’ jika gagal membuat bayaran bulanan,” katanya.

Mahmud (tengah) ketika perjumpaan bersama pengasas skim pelaburan kutu bagi membincangkan jalan penyelesaian melibatkan kedua-dua belah pihak baru-baru ini.

Situasi itu menyebabkan peserta mula tersepit dan terpaksa meneruskan bayaran sehingga ada yang mengalami kerugian sekitar RM400,000 ha­nya kerana takut dengan peraturan tersebut.

Menurut Mahmud, lebih perit lagi apabila ada dalam kalangan admin yang mula ‘panjang tangan’ apabila mengguna pakai wang milik peserta kutu.

Jelasnya, rata-rata mereka yang menggunakan wang peserta ini adalah untuk kegunaan peribadi dan mampu mencecah sehingga RM100,000 ke RM9 juta.

“Tindakan itu jelas membawa padah apabila mereka sukar membuat pembayaran semula kepada para peserta.

“Secara mudahnya, pemegang wang ini telah gunakan duit peserta, bila tiba masa untuk bayar pada peserta, mereka berikan pelbagai alasan sehingga bayaran tertangguh berbulan-bulan tanpa alasan kukuh.

“Sesetengah pihak yang menggunakan duit mangsa ada tampil bagi membantu kita berbincang cara untuk pulangkan duit mang­sa, walaupun begitu masih ada yang melarikan diri,” katanya.
Kosmo! semalam melaporkan, keghairahan untuk meraih keuntungan segera dalam jumlah yang besar menyebabkan lebih 2,000 individu berputih mata apabila mereka menjadi mangsa penipuan kepada skim ‘kutu extra’ didalangi seorang wanita digelar ‘ibu kutu’.

Tidak hanya kempunan untuk mendapatkan pulangan tambahan hasil pelaburan kutu yang dilakukan, malah rata-rata mangsa mendakwa mengalami kerugian sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Difahamkan, ibu kutu kepada skim ini dipercayai berjaya me­ngumpul sejumlah RM70 juta hasil kutipan duit kutu daripada pemain sebelum wanita itu dilaporkan menghilangkan diri.

Modus operandi ibu kutu ini cukup mudah, iaitu menawarkan permainan kutu dengan pulangan tambahan selain menjadikan suri rumah dan mereka yang tinggal di kampung sebagai sasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN