fbpx
LAWRENCE WONG

Impak si pengawal lucu Lawrence Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh OPIE SOFIA

KALIAN mungkin kurang hipster jika tidak mengetahui dua fenomena baharu yang sedang ‘menjelajah’ dunia drama dan penstriman digital terkini.

Antara yang menarik tentunya tumpuan terhadap kisah Story of Yanxi Palace. Drama bersiri berkenaan dikatakan drama paling banyak di‘google’ pada tahun 2018. Karya tulisan Zhou Mo itu berjaya menjadi program televisyen yang menduduki kedudukan pertama di Hong Kong, Taiwan dan Singapura.

Kemunculan pelakon kelahiran Johor Bahru, Lawrence Wong juga menjadi antara faktor yang membuatkan drama bersiri tersebut wajib ditonton peminat drama seantero Asia.

SEPERKARA yang menarik tentang Lawrence Wong, dia merupakan jejaka kelahiran Johor Bahru yang kini mempesona dunia.

Jadi kenapa Story Of Yanxi Palace perlu ada dalam senarai drama wajib tonton anda semua?

Pertama, sifat epik karya berkenaan hadir dengan momentum laju yang sarat konflik dan dijamin tidak membuatkan penonton dilanda kebosanan.

Setiap konflik mencetuskan debaran, sekali gus memuncakkan adrenalin penonton untuk terus mengetahui perjalanan plot dan kesudahan mendatang.

Faktor berikut semestinya terletak oleh penggerak karakter utama, Wei Yingluo lakonan aktres Wu Jinyan. Karakter tokoh utama itu menampilkan seorang srikandi yang cekal dan mempunyai kekuatan dalaman tiada tandingan. Dari awal hingga ke penamat, dia sentiasa berjuang mempertahankan prinsip hidupnya.

Wajib tonton

Menyaksikan Wei Yingluo, karakter itu mungkin boleh dikaitkan dengan kehidupan sebenar segelintir penonton yang sering berdepan asakan pihak atasan atau berdepan dengan ketidakadilan sosial.

Semangat setiakawan yang tinggi dan ikhlas dipertontonkan melalui watak Wei Yingluo dan Fuca membuatkan drama dengan 70 episod itu wajib tonton.

Selain keindahan sinematografi dan perincian kostum epik, seperkara yang langsung tidak boleh diketepikan tentunya kemunculan Lawrence Wong sebagai Hai Lancha.

Melakonkan watak ceria dan sahabat yang sangat setia, Lawrence telah berjaya menjadi buah hati para penonton drama siaran platform iQIYI itu.

Sejak kelibatnya dikenali sebagai Hai Lancha, pengikut akaun Weibonys dilaporkan melonjak daripada angka 600,000 dan kini mencecah tiga juta pengikut.

POPULARITI luar biasa yang diraih Lawrence telah menarik perhatian iQIYi untuk melantiknya sebagai duta antarabangsa pertama platform penstriman berkenaan sejak 5 Ogos lalu.

Duta iQIYI

Pada satu-satu ketika, Lawrence bahkan turut menerima 5,000 pucuk surat peminat setiap hari. Mengagumkan!

Pelakon berusia 32 tahun juga mengakui bahawa kehidupannya berubah selepas kemunculan menerusi drama epik popular tersebut.

Populariti luar biasa yang diraih aktor berusia 32 tahun itu telah menarik perhatian iQIYi untuk melantiknya sebagai duta antarabangsa pertama platform penstriman berkenaan sejak 5 Ogos lalu.

Tambah bermakna, tarikh tersebut bersempena hari jadi Lawrence.

Setakat ini platform tontonan digital dari China itu telah mempunyai lebih dari pada 100 juta pelanggan tetap dan 500 juta penonton aktif.

Bilangan tersebut dijangka akan meningkat selepas Lawrence diangkat sebagai duta antarabangsa mereka.

“Saya rasa lebih ramai orang mengenali saya. Bukan sahaja di Singapura tetapi juga di China, Taiwan, Hong Kong dan Vietnam.

“Karier dan kerja berubah tetapi untuk kehidupan seharian, saya jalani seperti biasa iaitu bekerja dan melakukan penggambaran setiap hari,” ujar Lawrence apabila ditanya tentang perubahan yang dialaminya selepas ledakan Story of Yanxi Palace.

SEWAKTU memuncak dengan watak Hai Lancha, Lawrence pernah menerima 5,000 pucuk surat daripada peminat setiap hari.

Menurut Lawrence, awalnya dia sekadar menjangka bahawa drama berkenaan mampu mempesona khalayak, tetapi tidak sangka meraih populariti sebegitu hebat sebagaimana impak yang diterima sekarang.

“Saya tidak menyangka bahawa karakter saya iaitu Hai Lancha akan menjadi popular kerana dia bukanlah seorang yang cool.

“Watak itu ceria serta lucu dan saya tidak sangka penonton sukakan watak sebegitu,” tuturnya tanpa hilang keterujaan terhadap karakter Hai Lancha.

Sehingga kini, Story of Yanxi Palace telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 15 bilion menerusi platform digital iQIYI.

Fenomena luar biasa tersebut menjadikan naskhah tersebut sebagai antara siri televisyen terbesar di Asia pada 2018.

Drama berkenaan mengisahkan kehidupan Wei Yingluo. Bermula sebagai seorang dayang istana, kehidupannya berubah sehinggalah menjadi gundik kesayangan Maharaja (Nie Yuan) zaman Dinasti Qing.

Yingluo sebenarnya secara terpaksa masuk ke Kota Larangan (Forbidden City) untuk menyiasat dan menuntut bela kematian kakaknya.

Selain Story of Yanxi Palace, ribuan karya khususnya terbitan Asia termasuk dari Malaysia kini boleh distrim menerusi iQIYI.

Antara drama tempatan dan Asia yang dapat ditonton menerusi platform tersebut ialah Kampung People 2, 7 Hari Mencintaiku 2, Tale of the Nine Tailed, 18 Again, More Than Friends, Flower of Evil, Pengantin Satu Malam dan Backstreet Rookie.

Untuk hiburan optimum dan menyeronokkan, sari kata dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin turut disediakan.

WATAK Hai Lancha lakonan Lawrence dalam Story Of Yanxi Palace memikat hati ramai.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN