fbpx

Alasan Jang Gyuri tinggalkan dunia ‘idol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG GYURI

PELAKON yang dahulunya penyanyi kumpulan fromis_9, Jang Gyuri mendedahkan punca sebenar mengapa dia lebih memilih kerjaya dalam bidang lakonan.

Alasannya kerana dia berasa gagal membahagikan masa terbaik antara karier nyanyian dan lakonan.

Disebabkan sibuk dengan berlakon, adakalanya Gyuri tidak dapat menyertai latihan bersama fromis_9 kerana jadualnya bertindih dengan penggambaran drama.

“Pada ketika sibuk berlakon, kumpulan kami juga dalam persiapan untuk promosi kemunculan semula dan acara bertemu peminat.

“Meskipun rasa sudah buat yang terbaik tetapi saya tetap rasa banyak kekurangan,” katanya.

Kata pelakon drama Cheer Up itu, dia sanggup meninggalkan dunia ‘idol’ kerana lakonan merupakan impiannya sejak dahulu.

“Ramai cakap saya boleh fokus untuk dua-dua bidang ini tetapi sebenarnya saya mahu curahkan sepenuhnya minat terhadap kerjaya impian saya iaitu berlakon,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI