fbpx

Wanita bakar al-Quran alami tekanan perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan ditahan selepas dipercayai membakar helaian naskah al-Quran dalam kejadian di parkir sebuah premis di Jalan Ampang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan diberkas di lokasi kejadian pada pukul 2 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan tangga dua, tempat letak kereta sebuah premis di Jalan Ampang pada hari sama pukul 1.15 pagi.

“Motif kejadian masih belum diketahui, namun siasatan mendapati suspek mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, pemeriksaan mendapati suspek yang berusia 32 tahun tidak mabuk dan bebas pengambilan dadah.

Jelas beliau, semakan ke atas rekod kesihatan mendapati wanita itu tidak mempunyai masalah mental.

Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara kerana kesalahan tidak bawa kad pengenalan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI