fbpx

Pekerja sambilan Nando’s, Pall Mall Seremban positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan rasmi oleh restoran Nando's berkenaan situasi di Nando’s, Palm Mall, Seremban di mana salah seorang pekerja sambilannya disahkan positif Covid-19.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Restoran Nando’s, Palm Mall, Seremban dekat sini ditutup sementara waktu selepas seorang pekerja sambilan di cawangan berkenaan didapati positif Covid-19 hari ini.

Nando’s dalam kenyataan melalui akaun Facebook milik mereka menjelaskan, cawangan tersebut ditutup bagi proses disinfeksi dan pembersihan sehingga dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun, pekerja sambilan terbabit yang merupakan penuntut di sebuah Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas didapati positif hari ini.

“Kami dimaklumkan, pekerja terbabit tidak menghadirkan diri sejak 5 Oktober lalu dan dia sudah dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak Nando’s memberitahu, semua pekerja restoran cawangan berkenaan yang berada dalam syif yang sama, akan menjalani ujian saringan Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Kami juga mengarahkan pekerja lain untuk turut menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan kontak rapat pekerja yang positif terbabit ,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI